Mesra Bertukar Jadi Pudar

Oleh Pak Kadri

AKTIVITI seksual adalah hubungan intim yang mengeratkan kemesraan suami isteri dan sudah tentu menyemarakkan hubungan silaturahim mereka. Jika ada masalah dalam hal hubungan seksual, perkara berkenaan tidak boleh dibiarkan dan perlu dipulihkan.

Ia boleh dilakukan dengan cara sendiri yang memerlukan kerjasama suami isteri atau bimbingan kaunselor yang mahir dalam hal hubungan intim. Hubungan seksual memerlukan kerjasama suami dan isteri dan masing-masing perlu memainkan peranan.

Suami tidak wajar melepaskan tanggungjawab mengurus rumah kepada isteri. Dalam keadaan itu isteri letih dan tertekan, sudah tentu suasana seronok untuk berasmara tiada.

Jika sama-sama menjalankan peranan sudah tentu tiada tekanan kepada mana-mana pihak dan suasana menjadi aman tenteram. Selain kerjasama dalam pengurusan rumah tangga, komunikasi ant memainkan peranan mengeratkan kemesraan.

Bayangkan keadaan sebelum berkahwin betapa rapat dan mesra kerana dapat berkomunikasi. Keadaan berbeza selepas berbulan madu dan terutama selepas mempunyai anak. Jarang berinteraksi dan berkomunikasi dan lama-kelamaan perasaan mesra menjadi pudar. Sehubungan itu, hubungan seksual tidak lagi seperti dulu.

Dalam keadaan letih dan tanpa perasaan isteri atau suami berasa dirinya tertekan tidak dapat memainkan peranan ketika melakukan hubungan seksual kerana hubungan seksual membosankan atau menjadi rutin.

Masalah seksual boleh berlaku dengan isteri yang mengalami perasaan dingin (tiada mood) dan suami mengalami masalah ereksi atau cepat klimaks dan ia memberatkan lagi hubungan serta menekankan rumah tangga mereka.

Kebanyakan pasangan kelamin jarang berbincang mengenai hubungan seksual. Mereka lebih suka menilai atau memikirkan kehendak pasangan daripada berbincang. Dalam keadaan sedemikian mereka melakukan sesuatu yang mungkin tidak sesuai untuk mencapai matlamat penilaian sendiri.

Misalnya, suami berfikir isterinya tidak seronok bersetubuh kerana zakarnya kecil atau isteri berfikir pasangannya tidak melakukan hubungan seksual kerana suami tidak terangsang dengannya lagi.

Berfikiran sedemikian tidak boleh disamakan dengan komunikasi, malah boleh menggugat suasana rumah tangga.

Saya syorkan pasangan yang mengalami masalah keintiman bermuafakat dan bersama menyelesaikan masalah dengan baik.

Jika keadaan tidak mengizinkan kerana kedua-duanya menyimpan perasaan negatif, elok bertemu pembimbing untuk kaunseling. Sekiranya ada masalah kesihatan, kaunselor boleh merujuk mereka kepada pakar.

Hormon Kawal Nafsu Syahwat

Peningkatan hormon testosterone tidak bererti individu jadi hiper seks

PENGAMBILAN pil penambah hormon testosterone dan ubat herba dikatakan boleh memulihkan tenaga batin. Jika berkesan, adakah ia boleh menyumbang kepada peningkatan kes rogol, sumbang mahram dan mengadakan hubungan sulit?

NALURI seksual dan nafsu syahwat adalah anugerah Tuhan kepada manusia dan binatang. Bagaimanapun hanya manusia boleh melakukan hubungan seks pada bila-bila masa berbanding binatang yang melakukan mengikut musim.

Naluri seksual dan syahwat dikawal oleh Pusat Kawalan Seks di kawasan hyphotalamus dan para ventricular nucleus dalam otak.

Jika seseorang itu terangsang, bahagian berkenaan akan terangsang dan tindak balasnya, lelaki akan mengalami ketegangan zakar (ereksi) dan bagi wanita, faraj akan mengeluarkan cecair seperti pelincir.

Hormon testosterone mengawal nafsu syahwat manusia. Namun, tanpa kerelaan dan izin minda, rangsangan tidak akan berlaku.

Makanan tambahan atau ubat herba dan peningkatan hormon testosterone tidak bererti individunya menjadi hiper seks.

Jika terdapat banyak hormon testosterone dalam badan, pusat kawalan hormon akan mengarahkan organ yang menghasilkan testosterone mengurangkan pengeluaran hormon terbabit sehingga sampai paras yang biasa untuk individu itu. Ia adalah sistem tindak balas semulajadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

« Previous PageNext Page »