Sikap Gadis Melayu Usia Awal 20an

Oleh : Raihana_370@yahoo.com

Saya nak berkongsi cerita mengenai sikap dan pemikiran gadis-gadis berketurunan Melayu dan beragama islam berusia awal 20an. Mereka lebih suka bermain cinta dengan lelaki yang telah berkeluarga. Alasan mereka bahawa lelaki yang telah berkeluarga lebih tau membina keluarga daripada lelaki bujang yang sentiasa menipu.

Mereka ini sanggup buat apa saja asalkan dapat menawan hati lelaki berkenaan.Mereka pakai pakaian sexy sehingga menampakkan keseluruhan buah dada dan memakai seluar pendek yang menampakkan pangkal peha. Sanggup melakukan persetubuhan dan mengandungkan anak lelaki ini asalkan dapat berkahwin dan sekiranya mengandung pasti isteri lelaki ini akan terima katanya.

Melakukan hubungan sex melalui telepon dan sanggup meminta lelaki ini memecahkan dara mereka. Ada lagi yang menggunakan sms yang berahi dan menghantar gambar anggota sulit dan bogel untuk tatapan si lelaki. Ada juga gadis yang baru seminggu bercakap melalui telefon telah berani bercium dengan lelaki tersebut walaupun pertama kali jumpa dan tahu bahawa suami orang dan usia lebih tua 15 – 20 tahun.

Bukan seorang gadis bersikap begini malah ramai. Saya terfikir jika mereka bersikap seperti ini, apa akan jadi dengan generasi yang mereka lahirkan. Contohnya seorang gadis yang menjadi teman wanita suami orang ini, ibunya adalah isteri no. 2 gadis itu, kononnya dirogol dan melahirkan anak tanpa nikah selepas itu bersikap seperti gadis di atas.

Isteri lalaki ini dapat tahu dan hubungi gadis tersebut. Gadis ini pula bercakap berdolak dalik dan menafikan nak berkahwin dan bersumpah dengan nama Tuhan tetapi sampai sekarang masih hubungi lelaki terbabit. Cuba renungkan apa akan jadi dan dimana letaknya Agama dan iman buat gadis-gadis ini.

Buat suami orang pula boleh tahan ke dengan godaan dan rayuan mereka-mereka ini. Manusia Lelaki kalau disajikan dengan benda-benda haram dan mengiurkan tidak ada siapa boleh tahan. Kucing jumpa ikan mustahil dilepaskan. Kalau ini dah terjadi macamana dengan keluarganya dan bagaimana perasaan isterinya. Perkara ini berlaku kepada suami teman baik saya.

Lagi Artikel Menarik, Sila Klik Disini

10 Perkara Memeranjatkan Dalam Perkahwinan

Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

“Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.” Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar… kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

“Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir.”

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati.

Kiriman: Sang Puteri

Ads:  Ketahuilah Bagaimana Anda Boleh  Mencari & Mengumpul  Wang Untuk Perkahwinan Anda  dengan Mudah & Lancar!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lagi Artikel Menarik, Sila Klik Disini

« Previous PageNext Page »