Petua dan Rahsia Seks Hebat

petua seks

Sudah tiba masanya untuk anda mengeratkan kemesraan, menambahkan lagi kasih sayang dan memperbaiki kehidupan seks dengan pasangan anda!

Tidak kira berapa lama anda sudah berumahtangga atau berapa ramai anak anda, juga tidak kira berapa lama anda telah merasa hampa atau bosan dengan kehidupsan seks anda! Insya Allah, petua dan rahsia seks yang tersirat di dalam buku ini akan memulihkan atau memperbaiki hubungan seks anda suami-isteri.

Bersiap sedia untuk berseronok seperti anda berbulan madu dahulu!

Saya dan isteri saya telah menghabiskan beberapa bulan membuat kajian bagi mendapatkan petua dan rahsia seks yang sesuai untuk masyarakat Islam kita. Malahan, kami pasti disini anda akan mendapatkan petua dan rahsia seks hebat yang praktikal, mudah dilakukan dan berlandaskan hukum Islam!

Anda tidak perlu membuang masa dan membelanjakan wang yang banyak untuk memenuhi keperluan anda. Segala cara dan informasi yang anda perlukan untuk mengeratkan hubungan dengan pasangan anda ada di dalam buku kami yang berjudul:

280 Petua & Rahsia Seks: Mengeratkan Hubungan Suami-Isteri Dengan Seks Hebat!

Baca buku ini sekarang dan terus mengamalkannya serta-merta! Dari buku ini anda akan mempelajari…

* Kesalahan besar dalam sesi lovemaking
* Bagaimana hendak menggoda pasangan anda
* Cara mengelakkan suami memancut awal
* Tips seks oral
* Permainan seks yang menyeronokkan
* Bagaimana hendak lebih mengeraskan zakar
* Posisi-posisi terbaik untuk bersetubuh
* Lokasi alternatif untuk sesi lovemaking
* Rahsia cara memberi lebih kepuasan pada pasangan
* Cara menggunakan makanan dalam sesi lovemaking
* Dan banyak lagi…

Untuk mendapatkan buku ini klik di sini sekarang

Mitos Gambir Sarawak

RAMAI lelaki taksub dengan Gambir Sarawak yang kononnya mampu menambah kejantanan ketika melakukan hubungan kelamin tanpa menyedari ia boleh menyebabkan mati pucuk jika struktur dalaman zakar rosak akibat kudis atau jangkitan kuman.

Lebih teruk lagi, saya pernah mengendalikan beberapa kes kemelecetan faraj dan vulva akibat penggunaan gambir Sarawak.

Perkara ini bukan untuk menakutkan lelaki tetapi sehingga kini, pakar botani tidak berani memberi komen berkaitan kehebatan gambir Sarawak kerana tiada kajian mengenai khasiat memberi kehebatan seks kepada lelaki dijalankan.

Gambir atau nama saintifiknya ‘Uncaria Gambier’ biasa ditemui di hutan kebanyakan negara, khasnya di hutan di Nusantara, India dan China.

Tumbuhan manjalar itu mempunyai daun berbentuk lebar manakala bunganya kuning. Kandungan utama herba itu ialah tannin yang mempunyai astrigen.

Wujud rekod membuktikan gambir digunakan sejak dulu sebagai penawar bisa gigitan ular dan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit manakala dalam masyarakat Cina purba, tumbuhan itu digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser (kudis) selain membuang angin dalam badan.

Bagi penduduk kepulauan Nusantara, ia dimakan bersama pinang dan sirih kerana herba itu dikatakan memberi kesan mengkhayalkan.

Di Sarawak pula, herba itu mungkin satu daripada herba utama yang dijual dan dihasilkan di sana kerana ada jalan yang dikenali sebagai Jalan Gambier di tengah bandar raya Kuching.

Sebenarnya, gambir adalah satu daripada tujuh spesies daripada keluarga tumbuhan Uncaria yang ada di Sarawak. Di negara lain wujud beberapa spesies lagi daripada keluarga Uncaria yang mempunyai kandungan serupa dengan gambir tempatan.

Kajian di China mendapati, tumbuhan ‘Uncaria Ramulus’ contohnya mampu melegakan otot tegang, melebarkan pembuluh darah, menurunkan tekanan darah, merawat hipertensi dan pening kepala selain sawan.

Namun, penggunaan berlebihan tumbuhan itu dikatakan memberi kesan sampingan termasuk cirit-birit, kerosakan buah pinggang, mual, bengkak kaki, sakit perut dan pedih ulu hati.

Penyelidikan di Institut Sains Perubatan China, Taiwan, pula mendapati ekstrak ‘Uncaria Rhynchophylla’ mampu melegakan kekejangan dan sawan.

Namun di Sarawak, gambir dipercayai mempunyai kehebatan lain kerana ia digambarkan mampu ‘memperkasakan’ lelaki ketika hubungan kelamin walaupun tiada ujian klinikal bagi membuktikannya.

Lazimnya batang gambir dikerat bagi mengeluarkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dipotong dalam bentuk kepingan kecil dan untuk menggunakannya, pengamal terutama lelaki perlu mencampurkan kepingan herba itu dengan air bagi membolehkannya disapu pada bahagian kemaluan lelaki.

Ahli botani dan ekologi tempatan, Dr Paul Chai, berkata cuma Gambir Sarawak dikaitkan dengan khasiat keperkasaan lelaki kerana di kawasan lain termasuk di Semenanjung, tumbuhan itu digunakan hanya untuk tujuan perubatan.

Penulis buku Medicinal Plants of Sarawak itu berkata, penggunaan gambir sebagai ‘ubat kuat’ lelaki hanya satu daripada kegunaan tumbuhan itu di kalangan suku kaum di Sarawak seperti Iban dan Melanau.

Kegunaan lain gambir yang juga dikenali sebagai akar kelawit itu ialah sebagai penawar gigitan ular selain penawar akibat termakan cendawan beracun.

Bagi masyarakat Melayu di Sarawak pula, Chai berkata, gambir sering digunakan untuk menahan sakit, terutama sakit gigi. Beliau tidak menafikan Gambir Sarawak mungkin spesies yang berbeza dengan kawasan lain memandangkan hutannya antara hutan tropika yang tertua di dunia.

Sehubungan itu, Chai yang juga perunding Pertubuhan Kayu Kayan Antarabangsa berpendapat khasiat gambir Sarawak perlu dikaji kerana ia ada potensi komersial dan farmaseutikal.

Sumber : Harian Metro

« Previous PageNext Page »