Sukar Lakukan Hubungan Seks Suami Isteri

Sumber : Harian Metro

SAYA berusia 26 tahun dan baru berkahwin lebih sebulan. Masalahnya, saya tidak seronok ketika membuat hubungan kelamin dan ini menyebabkan saya tidak mendapat klimaks. Saya tidak pernah mengeluarkan air mani sejak kami berkahwin.

Baru-baru ini saya hadapi masalah baru apabila kemaluan tegang kerana ghairah tetapi apabila ingin bersama dengan isteri dan ketika hendak ‘bersama’ tiba-tiba zakar saya mengendur kembali.

Saya mempunyai nafsu terhadap isteri tetapi saya tidak faham mengapa kemaluan saya mengendur ketika hendak bersama.

IKHWAN
Negeri Sembilan

Sememangnya ketika melakukan hubungan keintiman seksual, pasangan itu akan mengecapi nikmat rangsangan seksual yang ketara hingga boleh mencetuskan klimaks.

Jadi masalah anda tidak mencapai klimaks memang kejadian yang tak mustahil kerana anda tidak seronok dan tidak teruja ketika melakukan hubungan seksual dengan pasangan.

Dalam keadaan itu anda tidak sampai kemuncak kerana tiada apa rangsangan yang membina untuk membuatkan anda mencapai kemuncak!

Jadi apa sebenarnya dalam hubungan seksual dengan pasangan yang boleh membuatkan anda seronok dan mencetuskan kemuncak untuk anda?

Mungkin selama ini sebelum berkahwin anda mengamalkan onani, melakukan rangsangan seks tersendiri yang luar biasa seperti baring di atas katil secara meniarap dan menggeselkan anggota sulit anda kepada tilam atau melakukan pelbagai cara tersendiri yang dapat mencetuskan klimaks.

Jadi tidak hairan jika anda tidak dapat mencapai kemuncak dengan pasangan. Mungkin juga anda mempunyai naluri seksual yang rendah dan tidak dapat membangkitkan perasaan syahwat untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan walaupun anda ada minat dengannya.

Dalam keadaan begitu, ereksi awal yang anda dapat itu tidak kekal dan anda mengalami masalah untuk melakukan seksdengannya.

Anda tahu yang hubungan keintiman seksual memberi keyakinan diri dan kebahagiaan rumah tangga dan anda gagal memberi kepuasan serta nafkah batin kepada isteri. Anda tidak boleh mendiamkan diri dan mengalah.

Masalah naluri seksual rendah dan gangguan atau disfungsi seksual yang anda alami boleh dirawati melalui rawatan moden. Jika anda ketagih dengan amalan melancap dan masih mengekalkannya, anda perlu mendapat bimbingan untuk melebihkan hubungan keintiman seksual atau fizikal dengan pasangan supaya dapat berkongsi nikmat seksual bersama daripada seronok secara sendiri.

Masalah gangguan seksual dan disfungsi seksual ada rawatan moden. Jangan bazirkan masa dan duit berubat cara tradisional atau merawat secara sendiri.

Sila dapatkan rujukan doktor pakar jika doktor keluarga tak dapat membantu anda.


Isteri Curang Kerana Suami Tak Berupaya Memuaskan Nafsu Seks

Tidak dapat dinafikan dalam zaman cyber sekarang wanita lebih ‘demanding’ dalam soal seksual disebabkan pengetahuan seks bukanlah rahsia lagi (atau rahsia dalam kelambu kata orang tua dulu-dulu). Ramai wanita mengambil sikap lebih terbuka dalam mempelajari bab-bab ini dan lebih berpengetahuan.

Mereka tahu apa yang mereka inginkan dan mengetahui hak-hak mereka di dalam hubungan seks. Mereka juga ingin menikmati kenikmatan seks sama seperti lelaki.

Tetapi malangnya hajat mereka tidak kesampaian! Suami syok sendiri manakala si isteri terkulat-kulat makan hati! Nak tahu apa jadi? Lama-kelamaan wanita akan mula merasa bosan, kecewa, sakit hati, sedih dan perasaan-perasaan ini akan menyebabkan mereka menjadi dingin di dalam hubungan seks.

Maka terjadilah dialog sebegini:

Suami : “Ayang… nak ehem..ehem”
Isteri : “Tak naklah bang… ayang penat…”

Ha! Bagaimana? pernah mendengar dialog sebegini? atau ia pernah terjadi kepada ANDA? Kajian menunjukkan wanita yang mendapat kepuasan seks tidak akan menolak malah mereka merasa seronok melakukannya.

Mungkin ada di antara para suami akan menarik nafas lega dan berkata, “isteri aku ok je, tak pernah merungut atau menolak pun bila diajak bersama”. Tunggu dulu! Adakah anda betul-betul yakin isteri ANDA benar-benar berpuas hati?

Cuba baca pengakuan wanita-wanita di dalam satu lagi kajian yang dijalankan di Amerika. “Sebenarnya mereka terlalu menyintai pasangan mereka (lelaki) sehingga mereka sanggup berlakon (berpura-pura klimaks dan tidak menolak atau merungut) untuk memberi sokongan psikologi dan bersimpati di atas kelemahan suami mereka di ranjang”.

Namun KENYATAANNYA mereka mengakui merasa amat KECEWA, TIDAK BERPUAS HATI KERANA KEHENDAK SEKS MEREKA TIDAK DIPENUHI SEPENUHNYA dan ada yang MENGALAMI TEKANAN DAN GANGGUAN EMOSI! STRESS!

FAKTA PENTING: Mengikut kajian rambang yang dilakukan di negara membangun, 25% wanita berpura-pura mencapai klimaks dan pastinya bilangan wanita Malaysia mungkin lebih dari itu bukan luar biasa. (Dr. Hj Ismail Bin Tambi, Pakar Kesihatan Reproduktif Dan Seksual)

Rata-rata mereka MENYALAHKAN lelaki kerana ‘ketidak upayaan’ itu menyebabkan mereka mencari alternatif lain (CURANG)!

Lebih tragis lagi, 98% wanita di Amerika, mengaku berlaku CURANG kepada pasangan mereka disebabkan oleh faktor kelemahan atau ketidakupayaan pasangan mereka ( lelaki le tu ) MEMUASKAN NAFSU SEKS mereka di ranjang.

AWAS! Jangan biarkan perkara ini berlanjutan dan mengancam kebahagian ANDA suami isteri. LAYARI BAHTERA ASMARA ANDA BERDUA HINGGA KE PELABUHAN NIKMAT BERSAMA !

Ikhlas dari : Qalam Sutera Enterprise


« Previous PageNext Page »