Seks Oral Di Ladang Sawit

SEGAMAT: Dia sudah berumah tangga, tapi perbuatan curang seorang isteri muda di Felda Pemanis di sini, dan teman lelakinya merelakan aksi seks mereka di sebuah ladang sawit di situ dirakam menggunakan kamera telefon bimbit dalam keadaan berbaju kurung dan bertudung cukup menjijikkan.

Ini kerana, perbuatan wanita dipercayai berusia antara 18 hingga 22 tahun itu seolah-olah mempermainkan Islam apabila sanggup melakukan seks oral sebelum bersetubuh dalam keadaan berpakaian sopan.

Pasangan terbabit dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu baru-baru ini sebelum tersebar menerusi khidmat pesanan multimedia (MMS) di kalangan penduduk kampung dan kenalan rapat lelaki dan wanita terbabit, sejak beberapa hari lalu.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ali berkata, perbuatan wanita itu cukup memalukan kerana dipercayai sudah berumah tangga, tetapi sanggup melakukan aksi lucah bersama pasangannya dengan berbaju kurung dan bertudung manakala pasangannya memakai kemeja-T tanpa seluar.

Menurutnya, aksi lucah pasangan terbabit dilakukan di ladang sawit selepas kedua-duanya menaiki motosikal untuk ke lokasi berkenaan.

“Gambar motosikal yang dinaiki mereka untuk ke situ jelas dapat dilihat di dalam gambar yang dirakam itu.

“Dipercayai, ada individu lain merakam perlakuan aksi lucah pasangan itu kerana ada beberapa adegan aksi lucah pasangan itu dirakam dari bahagian belakang tubuh pelakunya,” katanya ketika di temui, di sini.

Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Ahmad berkata, pasangan itu sudah menamatkan persekolahan dan anak kepada peneroka di Felda itu.

Katanya, aksi lucah mereka kini sudah tersebar ke beberapa telefon bimbit kepunyaan rakan rapat mereka dan segelintir penduduk sekitar menerusi klip video MMS kira-kira seminit.

“Dalam klip video itu, pasangan terbabit didapati melakukan seks oral sebelum beraksi ranjang dengan wanita itu hanya menyelak kain baju kurungnya tanpa membuka baju dan tudung, manakala pasangannya memakai kemeja-T tanpa seluar.

“Tidak sepatutnya aksi lucah seperti itu dilakukan membabitkan pasangan remaja yang sudah bekerja terutama yang sudah mendapat kepercayaan keluarga dan menjadi harapan untuk membantu keluarga. Tambah pula, wanita muda itu sudah berumah tangga dan sanggup pula melakukan aksi itu dengan lelaki lain walaupun dalam keadaan berbaju kurung dan bertudung,” katanya.

2 Ditahan Rakam Gambar Bogel Rakan Sembang Internet

PETALING JAYA 7 April – Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan memeras ugut mengedarkan gambar bogel 40 mangsa yang terdiri daripada rakan bual laman sembang Internet.

Kedua-dua lelaki itu dikatakan mengugut mahu mengedarkan gambar-gambar bogel itu jika mangsa tidak menyerahkan wang antara RM1,000 dan RM2,000 setiap seorang.

Gambar-gambar mangsa dirakamkan menggunakan kamera web yang dipasang ketika suspek menyamar sebagai perempuan dan memujuk rayu mangsa menerusi suara-suara ghairah ‘perempuan’ supaya melakukan seks dalam talian.

Ketika mangsa-mangsa terbabit benar-benar ghairah kerana menyangka rakan sembang itu adalah perempuan, suspek akan meminta mereka menanggalkan pakaian masing-masing sebelum aksi-aksi mangsa dirakam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua suspek lelaki yang berusia 27 dan 29 tahun itu ditahan di Kota Kinabalu pada awal pagi 1 April lalu.

“Berdasarkan laporan yang diterima, kedua-dua suspek memperdaya lebih 40 mangsa di seluruh negara dan meraih pendapatan hampir RM30,000 sepanjang terlibat dengan kegiatan memeras ugut itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Menurut Arjunaidi, modus operandi kedua-dua lelaki itu menggunakan nama samaran wanita bagi memancing mangsa yang terdiri daripada golongan lelaki di Internet.

“Suspek kemudian menghubungi mangsa menggunakan suara perempuan bagi membangkitkan keghairahan sehingga mangsa terpedaya lalu menanggalkan pakaian.

“Kemudian, kedua-dua suspek itu bertindak merakam aksi ‘panas’ mangsa sebelum memeras ugut dengan meminta wang antara RM1,000 hingga RM2,000,” katanya.

Tambah Arjunaidi, suspek akan mengugut mangsa untuk menyebarkan rakaman itu di Internet sekiranya tuntutan mendapatkan wang tidak dipenuhi.

Jelasnya, mangsa yang bimbang dengan ugutan itu bertindak memasukkan sejumlah wang diminta ke dalam akaun suspek.

Katanya, salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah manakala seorang lagi dikehendaki berkaitan kes ugut.

“Polis juga masih menyiasat kemungkinan penglibatan individu lain termasuk wanita dalam kegiatan itu,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online

« Previous PageNext Page »