Kamasutra Bergambar

Kamasutra (Seni Berasmara)

Kamasutra adalah sebuah kitab kuno dari India yang ditulis oleh Vatsayana berdasarkan kajian beliau ke atas gerak laku seksual manusia. Kamasutra dikatakan adalah manual seks yang paling tua di dunia…

Ananga Ranga (Peringkat Percintaan)

Ananga Ranga adalah sebuah manual hubungan seks yang ditulis oleh Kalyana Malla pada kurun ke 15. Ramai mengatakan tujuan utama Ananga Ranga ditulis adalah untuk mengelakkan perpisahan antara suami isteri….

Taman Harum (The Perfumed Garden)

“The Perfumed Garden” adalah sebuah manual hubungan seks yang ditulis oleh Muhammad al-Nafzawi sekitar tahun 1410 sehingga 1434. Nama asal manual yang ditulis oleh al-Nafzawi ini ialah “The Perfumed Garden of Sensual Delight” atau dalam bahasa arabnya, “Al-rawd al-’âtir fî nuzhati’l khâtir”….

Tao (Cantuman Asmara)

Manual Seks Taoist dicipta dengan tujuan utama untuk mengekalkan kesihatan pengamal ajaran Taoist. Pengikut-pengikut ajaran Taoist percaya dengan mengamalkan seni-seni ajaran Taoist ketika melakukan hubungan seksual, mereka akan dapat mengekalkan kesihatan luaran dan dalaman, dan jika ditambah dengan senaman-senaman lain, mereka akan dapat melambatkan proses penuaan…

Tanda-tanda kepuasan bagi seorang wanita adalah ketenangan pada reaksi tubuhnya, dan kerelaan sepenuhnya untuk menyatukan “yoni” (faraj) dengan “lingam” (zakar) pasangannya…
Vatsayana (Pengarang Kamasutra)

Anda tidak tahu apa itu Kamasutra, Ananga Ranga, Taman Harum dan Tao?

Klik di sini untuk mendapatkan 102 Posisi Seks unik yang di ambil dari 4 Kitab Amalan Seksual Kuno

2 Ditahan Rakam Gambar Bogel Rakan Sembang Internet

PETALING JAYA 7 April – Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan memeras ugut mengedarkan gambar bogel 40 mangsa yang terdiri daripada rakan bual laman sembang Internet.

Kedua-dua lelaki itu dikatakan mengugut mahu mengedarkan gambar-gambar bogel itu jika mangsa tidak menyerahkan wang antara RM1,000 dan RM2,000 setiap seorang.

Gambar-gambar mangsa dirakamkan menggunakan kamera web yang dipasang ketika suspek menyamar sebagai perempuan dan memujuk rayu mangsa menerusi suara-suara ghairah ‘perempuan’ supaya melakukan seks dalam talian.

Ketika mangsa-mangsa terbabit benar-benar ghairah kerana menyangka rakan sembang itu adalah perempuan, suspek akan meminta mereka menanggalkan pakaian masing-masing sebelum aksi-aksi mangsa dirakam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua suspek lelaki yang berusia 27 dan 29 tahun itu ditahan di Kota Kinabalu pada awal pagi 1 April lalu.

“Berdasarkan laporan yang diterima, kedua-dua suspek memperdaya lebih 40 mangsa di seluruh negara dan meraih pendapatan hampir RM30,000 sepanjang terlibat dengan kegiatan memeras ugut itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Menurut Arjunaidi, modus operandi kedua-dua lelaki itu menggunakan nama samaran wanita bagi memancing mangsa yang terdiri daripada golongan lelaki di Internet.

“Suspek kemudian menghubungi mangsa menggunakan suara perempuan bagi membangkitkan keghairahan sehingga mangsa terpedaya lalu menanggalkan pakaian.

“Kemudian, kedua-dua suspek itu bertindak merakam aksi ‘panas’ mangsa sebelum memeras ugut dengan meminta wang antara RM1,000 hingga RM2,000,” katanya.

Tambah Arjunaidi, suspek akan mengugut mangsa untuk menyebarkan rakaman itu di Internet sekiranya tuntutan mendapatkan wang tidak dipenuhi.

Jelasnya, mangsa yang bimbang dengan ugutan itu bertindak memasukkan sejumlah wang diminta ke dalam akaun suspek.

Katanya, salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah manakala seorang lagi dikehendaki berkaitan kes ugut.

“Polis juga masih menyiasat kemungkinan penglibatan individu lain termasuk wanita dalam kegiatan itu,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

« Previous PageNext Page »