Zakar Lembik Dan Tidak Cukup Tegang

SOALAN

Suami saya berusia 36 tahun manakala saya 32 tahun. Kami berkahwin 12 tahun lalu dan mempunyai lima anak berusia di antara enam bulan hingga 10 tahun. Masalahnya sekarang, sejak seminggu lalu zakar suami tidak menegang ketika ingin ‘bersama’ saya.

Selain lembik, air mani terkeluar sebelum zakar sempat dimasukkan ke dalam faraj. Sebelum ini masalah itu tidak pernah berlaku. Kami cuba beberapa kali sejak seminggu lalu dan masalah sama dihadapi.

Kami tersangat bimbang sekarang. Adakah ini tanda awal mati pucuk?

Nan,
Bayan Lepas, Pulau Pinang

JAWAPAN:

Istilah mati pucuk atau DE (Disfungsi Erektil) ialah kegagalan lelaki mencapai ereksi yang mencukupi dan kekal untuk tujuan seks penetratif. Jadi masalah yang suami anda alami kelihatan seperti mati pucuk.

Perkara ini boleh berlaku secara spontan atau beransur-ansur. Yang berlaku secara beransur-ansur dan memakan masa sebelum benar-benar mati pucuk, ia lebih berlaku akibat penyakit.

DE yang secara tiba-tiba, ia lebih akibat tekanan atau psikologikal. Namun, suami anda perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan sewajar.

Membiarkan perkara ini terus berlaku tentu meningkatkan tekanan kepadanya dan juga kegelisahan kepada puan.

Ketegangan zakar atau ereksi berlaku akibat kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar akibat tindak balas perasaan seksual.

Jika hanya zakar kelihatan besar tetapi tidak keras, itu ialah tahap ereksi gred pertama.

Jika besar dan keras tetapi tidak cukup keras untuk dimasukkan ke dalam faraj, ereksi ini ialah gred dua, manakala gred tiga pula boleh masuk ke dalam faraj tetapi kadangkala gagal.

Gred empat pula, ia boleh masuk ke dalam faraj dan kadangkala boleh terbengkok jika pasangan tidak bersedia, manakala ketegangan gred lima apabila ereksi keras macam kayu.

Kini ada pelbagai rawatan moden, tetapi perlu berjumpa doktor, bukan daripada peniaga tepi jalan. Saya syorkan anda memujuk suami berjumpa doktor.

Dipetik dari: www.hmetro.com.my

Klik di sini untuk cara dapatkan ketegangan Gred Lima.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lagi Artikel Menarik, Sila Klik Disini

No Comments

Comments are closed.