Wanita Malaysia Anggap Seks Penting

Sumber : Berita Harian

WALAUPUN seks selalu menjadi ‘isu tertutup’ di kalangan wanita, kajian Pfizer melalui ‘Global Better Sex Survey’ (GBSS) tahun lalu mendapati, majoriti wanita berpendapat, seks adalah satu aspek kehidupan yang penting.

Sebanyak 85 peratus wanita di dunia menganggap seks adalah penting untuk mencapai hubungan yang memuaskan. Malah, 83 peratus wanita Malaysia berkongsi pendapat yang sama.

GBBS juga mendapati secara global lebih 50 peratus wanita tidak mencapai kepuasan seksual sepenuhnya. Angka yang sama juga didapati di kalangan wanita di Malaysia.

Pakar Terapi Seksual dan Kaunselor Perhubungan, Dr Rosie King, berkata masalah ketidakpuasan seksual wanita jarang mendapat perhatian berbanding lelaki yang mendapati seks adalah antara komponen penting dalam kehidupan manusia.

Ketidakpuasan seksual wanita adalah satu misteri kerana ia merujuk kepada pelbagai masalah seksual di kalangan wanita. Ketidakpuasan seksual yang paling biasa adalah ketiadaan libido,” katanya.

Dr Rosie berkata, terdapat banyak faktor yang mungkin menyumbang ke arah ketidakpuasan seksual wanita termasuk masalah disfungsi seksual bukan saja di kalangan wanita malah pasangan mereka.

Ad : Minyak Maharaja Digunakan secara tradisional untuk merawat, menyihat & memulihkan semula fungsi zakar yang lemah kepada keadaan sediakala. Klik Disini

Lagi Artikel Menarik, Sila Klik Disini

No Comments

Comments are closed.