Senaman Batin Lelaki

Senaman untuk lelaki ini sasarannya untuk menguatkan tenaga batin lelaki, beberapa perkara perlu dilakukan:

Pertama:

Apabila bangun dari tidur, ambil sedikit air liur dari lelangit kemudian sapukan di kepala zakar.

Kedua:

Perlu lakukan senaman tenaga batin, caranya:

1. Duduk bersila, tarik nafas sepenuhnya dan tahan nafas kemudian bongkokkan badan sampai mencecah kaki, bilang 7 detik, bangun dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan.

2. Dalam keadaan duduk bersila tadi, lunjurkan sebelah kaki kanan atau kiri, kemudian tarik nafas sepenuhnya tahan nafas 7 detik, cuba sentuh silang kaki yang dilunjurkan tadi sebanyak 7 kali.

Untuk menjaga zakar agar baik serta daya tahan lama dan pancutan air mani mempunyai mutu yang baik. Caranya jagailah aliran darah didalam tubuh itu agar berjalan lancar dan baik sekali. Jika darah perjalanannya lancar maka zakar turut sihat dan bagus.

Zakar dan aliran darah adalah satu kaitan yang rapat. Maka jagaan dalaman tubuh amat perlu sekali dipulihara dan diberi perhatian sepenuhnya.

Justeru itu untuk meningkatkan mutu terbaik air mani amalkan memakan 2 Kapsul Tulen bawang putih setiap pagi. Cara memakan mentah bawah putih juga digalakkan. Untuk sebelah malamnya pula amalkan 2 Kapsul Herba pegaga agar memberi gandaan tenaga.

Jika ada kemahiran urutan, urutlah zakar 1-2 kali seminggu dengan menggunai minyak herba.

Caranya, dengan menyapu keseluruh bahagian paras pinggang ke bawah. Mulakan urutan dari bawah buah zakar, urut di celah peha kemudian ke zakar dan bahagian ari-ari dan seterusnya naik ke pusat dan ke seluruh bahagian perut. Lakukan ini setiap hari iaitu 2-3 jam sebelum tidur. Insya Allah dalam masa seminggu anda akan dapat kesannya.

Layarilah bahtera dengan penuh sentuhan kasih dan sayang.

Ads : Untuk panduan senaman tenaga batin beserta ilustrasti dapatkan ebook Rahsia Terbuka Lelaki Maskulin.

Suami Gagal Masukkan ‘Buah Zakar’

SAYA mendirikan rumah tangga pada Januari lalu, tetapi sehingga hari ini saya belum dapat lagi memasukkan buah zakar saya ke dalam kemaluan isteri. Isteri saya mengadu sakit apabila buah zakar saya hendak dimasukkan. Dia memaklumkan buah zakar saya terlalu besar. Saya berusia 37 tahun, manakala isteri 28 tahun. Apa perlu saya lakukan?

RAHMAN
Johor Bahru, Johor

Walaupun anggota sulit wanita boleh mengembang dan meluas, belum ada lagi wanita memasukkan buah zakar lelaki atau suaminya ke dalam faraj.

Jika dilakukan juga, sudah tentu ia menyakitkan dan suami mungkin ‘pengsan’ dulu akibat kesakitan yang teramat sangat berikutan buah zakar itu sungguh sensitif dan menyakitkan jika dicengkam!

Mungkin yang anda maksudkan ialah zakar, bukan buah zakar. Setahu saya, benda paling besar pernah dimasukkan ke dalam faraj di negara ini ialah bola ragbi. Jadi faraj berkemampuan untuk melega, meluas dan memanjang jika wanita itu mahu begitu.

Sehubungan itu, tiada zakar yang tidak dapat dimasukkan ke dalam faraj kerana wanita mampu mengawal pembukaan farajnya. Jika wanita ini tidak tahu dan panik, mungkin satu jari pun sukar dimasukkan kecuali faraj yang cacat, iaitu pembukaan kecil atau anggota sulit itu kecil dan tidak mampu berkembang ke tahap matang.

Saya syorkan anda dan pasangan berjumpa doktor untuk mendapat bimbingan dan pemeriksaan. Jika ada kecacatan, doktor akan dapat kenali dan memberi rawatan sewajar.

Next Page »