Sukar Ereksi Selepas Bedah Jantung

SAYA berusia 35 tahun dan sudah berumah tangga. Selepas menjalani pembedahan jantung, zakar saya lemah dan sukar ereksi. Apakah masalah ini berpunca daripada jantung? - LEMAN | Pahang.

SALAH satu penyakit mempengaruhi fungsi ereksi ialah jantung terutama penyakit koronari yang berkaitan kesempitan saluran darah ke jantung akibat peningkatan kolesterol dan lemak disebabkan amalan gaya hidup tidak sihat.

Sesetengah lelaki yang masih mampu melakukan hubungan kelamin sebelum menjalani pembedahan pemintasan salur darah koronari, selepas selesai pembedahan itu akan mendapati mereka hilang kemampuan seksual.

Ini kebiasaannya berlaku akibat ‘berehat’ menunggu pembedahan pulih yang biasanya memakan masa. Ada lelaki yang menjalani pembedahan jantung dan kembali pulih dengan cepat, dapat mencapai ereksi secara spontan.

Biasanya mereka yang menjalani pembedahan jantung akan rasa lemah dari segi nafsu dan kemampuan syahwat.

Jika masalah lemah syahwat itu berlaku dan mengikut doktor pakar jantung, anda boleh mengambil ‘Viagra’ , ‘Cialis’, Levitra atau ubat ‘PDE5 inhibitor, lakukan jika ini membantu melancarkan kemasukan darah ke otot zakar supaya ia mampu ereksi.

Jika tidak disyorkan doktor, cuba kaedah lain seperti menggunakan alat pam vakum (medical standard device) atau kaedah penyuntikan ubat pengembang salur darah ke dalam otot zakar iaitu ‘Caverject’.

Selain itu jumpa doktor pakar dalam pengurusan disfungsi erektil (DE ).

Hormon Kawal Nafsu Syahwat

Peningkatan hormon testosterone tidak bererti individu jadi hiper seks

PENGAMBILAN pil penambah hormon testosterone dan ubat herba dikatakan boleh memulihkan tenaga batin. Jika berkesan, adakah ia boleh menyumbang kepada peningkatan kes rogol, sumbang mahram dan mengadakan hubungan sulit?

NALURI seksual dan nafsu syahwat adalah anugerah Tuhan kepada manusia dan binatang. Bagaimanapun hanya manusia boleh melakukan hubungan seks pada bila-bila masa berbanding binatang yang melakukan mengikut musim.

Naluri seksual dan syahwat dikawal oleh Pusat Kawalan Seks di kawasan hyphotalamus dan para ventricular nucleus dalam otak.

Jika seseorang itu terangsang, bahagian berkenaan akan terangsang dan tindak balasnya, lelaki akan mengalami ketegangan zakar (ereksi) dan bagi wanita, faraj akan mengeluarkan cecair seperti pelincir.

Hormon testosterone mengawal nafsu syahwat manusia. Namun, tanpa kerelaan dan izin minda, rangsangan tidak akan berlaku.

Makanan tambahan atau ubat herba dan peningkatan hormon testosterone tidak bererti individunya menjadi hiper seks.

Jika terdapat banyak hormon testosterone dalam badan, pusat kawalan hormon akan mengarahkan organ yang menghasilkan testosterone mengurangkan pengeluaran hormon terbabit sehingga sampai paras yang biasa untuk individu itu. Ia adalah sistem tindak balas semulajadi.

« Previous Page