Petua Rumahtangga Bahagia

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang
akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu
berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya
berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan
jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah
tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali
kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan
anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu
dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum
habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali
(rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya
rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar
berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia
luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit
dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan
dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila
keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu,
tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan
masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan
seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan
indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu
sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati
muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa
tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka
panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang
berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan
kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui
kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan
melahirkan generasi seterusnya.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lagi Artikel Menarik, Sila Klik Disini

No Comments

Comments are closed.