Lelaki Yang Sihat Kelelakiannya

Ereksi tegar adalah istilah lebih moden bagi istilah zakar yang cukup bertenaga, atau zakar yang cukup tenaga batinnya. Terdapat beberapa statistik yang saya fikir elok kita ketahui.

Hasil kajiselidik yang dilakukan oleh Pfizer bernama GBSS (Global Better Sex Survey) ke atas 12,563 lelaki dan wanita di 27 negara termasuk Malaysia, seks dianggap unsur penting dalam menjalin hubungan harmoni. Namun yang menariknya ialah penemuan hasil kajiselidik ini. Dr. Vicknesh Wellupillai, penasihat perubatan Pfizer berkata, terdapat kaitan yang kuat diantara ereksi yang tegar dengan kepuasan seks.

Beliau juga berkata bahawa kira-kira separuh daripada lelaki dan wanita di Malaysia didapati tidak begitu berpuas hati dengan kehidupan seksual mereka. Yang memeranjatkan, hanya satu dari lima lelaki yang benar-benar puashati dengan ketegaran ereksi mereka (maknanya lebih ramai yang ‘tak ok‘ berbanding yang ‘ok‘).

Seramai 1 dari 6 wanita tidak seronok dengan ketegaran ereksi pasangan mereka (maknanya pasangan mereka ‘tak ok‘). Lebih 1 dari 3 orang masyarakat Malaysia tidak puashati dengan kekerapan hubungan seks mereka (ini pun mungkin sebab ‘tak ok‘). Ini kerana purata mereka mengadakan hubungan seks 3.5 kali saja sebulan (8 atau 9 hari baru sekali). Kesimpulannya? “Kegagalan untuk mencapai kepuasan seksual sepenuhnya mungkin lebih banyak dipengaruhi oleh faktor fizikal (ketegaran ereksi) berbanding faktor psikologi”, kata Dr. Peter Ng seorang pakar urologi.

Ahli terapi seks dari Australia merangkap panel penyiasat GBSS, Dr. Rosie King berkata “Bukan kuantiti (kekerapan melakukan seks) yang penting di sini tapi kualiti (ketegaran ereksi). Rahsia seks yang lebih baik adalah tidak lain dan tidak bukan, ketegaran ereksi“. Selanjutnya beliau berpendapat bahawa ketegaran ereksi mempunyai tahap ukuran atau gred tertentu:

GRED SATU – Lelaki yang punya zakar yang besar tapi tidak tegar.
GRED DUA – Zakar keras tapi tidak cukup tegar untuk membolehkannya melakukan hubungan seks yang nikmat.
GRED TIGA – Zakar cukup tegar untuk hubungan seks yang memuaskan tetapi tidak tegar sepenuhnya.
GRED EMPAT – Zakar yang tegar sepenuhnya. Ini mungkin diidamkan oleh setiap wanita.

Kajiselidik tersebut juga mendapati bahawa wanita Malaysia perlu hubungan seks yang lebih kerap berbanding lelaki Malaysia (ini para suami perlu ambil perhatian). Agak mengejutkan bila didapati lebih 50% lelaki Malaysia langsung tidak mengadakan hubungan seksual bagi tempoh empat minggu (adakah ini kerana ‘tak ok“?). Namun begitu, Dr. Vicknesh berkata bahawa kepuasan seks tidak dihitung daripada kekerapan melakukannya saja tapi kepada keseluruhan aktiviti itu sendiri iaitu termasuk ketegaran ereksi, berapa lama ianya bertahan dan mampu kekal bagi menjamin nikmat hubungan tersebut (kalau ‘tak ok‘ bagaimana hendak melakukannya secara kerap?).

Cukuplah petikan-petikan yang pada saya akan menjadi asas kepada apa yang akan saya catat. Dari apa yang saya telah pelajari dari sudut tradisional, tidak dinafikan bahawa apa yang mereka istilahkan sebagai ketegaran ereksi adalah tahap yang patut dicapai oleh lelaki yang mahu berumahtangga. Hal ketegaran ereksi menjadi antara faktor penting kepuasan seks suami isteri sudah diketahui di Timur sejak zaman berzaman. Cuma, pada zaman ini dilakukan kajiselidik seperti itu. Ianya bagus. Sekurang-kurangnya ia dapat mengesahkan apa yang sudah kita ketahui di Timur.

Namun, hal-hal seperti ketegaran ereksi ini hendaknya janganlah dijadikan satu obsesi. Kita tidak mahu hubungan rumahtangga menjadi terlalu fizikal atau terlalu keduniaan. Terutama bagi kaum lelaki, harus disedari bahawa ketegaran ereksi bukanlah segala-galanya atau semata-mata jalan yang menjamin kebahagiaan rumahtangga. Persefahaman antara suami isteri dan kesudian berbincang untuk bersama mengatasi masalah seks pada saya adalah jauh lebih penting dan lebih bermakna. Kerana itu jugalah banyak rumahtangga di Timur masih bahagia dan harmoni. Itulah kualiti hubungan intim yang sebenar.

Dari berbagai rujukan (bacaan dan bertanya pada orang tua-tua), terdapat beberapa petua yang elok diamalkan oleh kaum lelaki agar punya kesihatan seksual yang diharapkan. Saya letakkan tahap atau piawaian ini sebagai GRED LIMA (maaf Dr. Rosie King kerana saya tambah satu lagi gred).

GRED LIMA – Zakar yang tegar sepenuhnya dan melakukan seks hanya bersama isteri yang sah, dan isteri saja yang tahu betapa kualiti ketegaran itu membahagiakan lagi memuaskan.

Dari sudut pengetahuan Timur, sebenarnya kualiti zakar yang mahu dicapai dalam penjagaan kesihatan ialah panjang, besar, keras dan panas. Ada 4 kualiti. Sekiranya salah satu daripada kualiti itu berada pada tahap rendah, bermakna lelaki yang berkaitan tidak berada pada tahap tenaga batin yang secukupnya. Dulu, pernah Allahyarham bapa saudara sendiri berkata kepada saya bahawa tahap ketegangan zakar yang baik dan patut dicapai oleh semua lelaki ialah tahap ketegangan zakar yang dapat menampung dua biji kelapa muda yang tidak bergoncang airnya (kelapa muda ini sarat airnya dan amat berat, bukan seberat kelapa sawit) yang digantungkan padanya. (Selepas kehabisan seluar dalam warna merah, kita kehabisan kelapa muda pula nampaknya).

Apa puncanya gejala Gred Satu, Dua dan Tiga? Pada saya, gaya hidup memainkan peranan yang besar mengapa ianya terjadi. Saya tidak menyatakan bahawa sesiapa yang telah disoalselidik itu telah menjauhkan diri dari amalan agama tapi saya yakin bahawa ini adalah antara sebab terjadinya masalah-masalah seksual di zaman moden ini. Dalam dunia materi (materialistik atau keduniaan), ramai orang hanya mengaitkan sebab-sebab fizikal (apa yang boleh dilihat) dan seolah-olah tidak percaya bahawa sebab-sebab spiritual (kerohanian) memainkan peranan yang lebih penting.

Jadi lebih baik saya fokus kepada bagaimana untuk mencapai GRED LIMA (kita tinggalkan GRED EMPAT sebab itu sifatnya umum, ini sifatnya khusus atau istimewa). Setakat yang telah saya rujuk dari berbagai sumber, berikut adalah petua-petua yang jika diamalkan bakal memberi kesan mujarab, insyaAllah:

1. Dirikan solat dan jagalah solat anda. Ia bukan semata-mata ibadah khusus, ia juga adalah riadah yang paling berkesan untuk umat zaman ini. Kalau anda merujuk statistik kelahiran di dunia, anda akan dapati bahawa negara-negara Islam mempunyai kadar kelahiran yang paling tinggi. Seorang lelaki berkata pada saya “InsyaAllah, selagi jari telunjuk itu mampu tegak semasa membaca tahyat, selagi itulah tenaga batin akan berada di tahap yang memuaskan”. Memang banyak hikmah dan kelebihan solat. Ia bukan hanya untuk kesihatan rohani, malah kesihatan jasmani dan minda anda. Hendaknya jangan pula solat kerana hendak capai GRED LIMA, solat lima waktu itu kerana Allah semata-mata. GRED LIMA hanya bonus.

2. Banyakkan baca Al-Qur’an, tasbih, tahmid dan takbir agar anda berada dalam ketenangan. Jiwa yang tidak tenang akan menyebabkan kesihatan seksual anda terganggu. Tentu anda sudah melihat betapakah keadaan kesihatan seksual anda bila anda berada dalam keadaan tertekan (stress) dan tegang (tension). Guru-guru Al-Qur’an, para imam dan orang-orang yang taat beragama biasanya tidak bermasalah dari segi kesihatan seksual, itu yang diberitahu kepada saya oleh Imam Hj Hussin (saudara saya).

3. Amalkan selawat Tibb al-Qulub (tanya orang yang tahu) selepas solat atau bila-bila ada masa terluang. Ia untuk kesihatan jasmani dan rohani keseluruhannya. Ini adalah amalan yang diajarkan kepada saya oleh Imam Hj Hussin. (Saya bertanya kepadanya apakah amalan beliau sebab saya lihat beliau sihat wal-afiat, tubuh beliau rincing macam orang muda sedangkan umur beliau mencecah 70 tahun, muka beliau bercahaya dan beliau kelihatan amat tenang).

4. Amalkan gaya hidup yang sihat. Makan makanan yang baik-baik, elakkan dari makan makanan yang banyak bahan kimia (additives) dan pengawet, elakkan makanan yang sejuk sifatnya, elakkan minum air batu. Ada yang berpendapat bahawa air batu itu serupa saja dengan air masak mati, dan mereka kata air batu itu sebenarnya sifatnya panas bukan sejuk. Suka hatilah. Yang penting lihatlah kesannya bila anda minum air batu. Satu lagi, jangan suka berjaga larut malam dan bila selepas jam 10 malam, jika boleh janganlah makan lagi (ramai orang ada ’supper’ pula).

5. Lakukanlah Senaman Harimau (Ada ditunjukkan dalam ebook Lelaki Maskulin), insyaAllah, setakat GRED EMPAT tidak ada masalah. Untuk capai tahap GRED LIMA , kita semua perlu kembali kepada kebenaran dan tetap berada di landasan kebenaran.. Soal selidik di atas tadi dilakukan terhadap lelaki dan perempuan berbagai bangsa berbagai agama. Kita orang Melayu lagi Islam punya pendekatan yang lebih bermakna, iaitu mengharap kepada keredhaan Allah semata-mata kerana Dia yang mengurniakan kepada kita kekuatan dalam apa pun aspek kehidupan, bukan dari segi ereksi tegar saja.

Mudah-mudahan anda (sama ada sudah kahwin atau belum) atau suami anda (jika anda wanita yang sudah kahwin) tidak mengalami masalah ereksi yang melanda ramai orang di zaman teknologi maklumat ini. Kita jumpa lain kali, insyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lagi Artikel Menarik, Sila Klik Disini

No Comments

Comments are closed.