Pancutan air kencing bercabang

SEJAK akhir-akhir ini saya kerap berasa ngilu dan sengal selepas membuang air kecil. Kadang-kadang ketika membuang air kecil pancutannya tidak normal tetapi bercabang. Adakah saya mengalami penyakit batu karang?

Selain itu, zakar saya terlalu mudah ereksi dan mengeluarkan air mazi banyak terutamanya ketika berinteraksi dengan wanita. Bagaimanakah cara mengurangkannya dan adakah ia boleh menjejaskan tahap ereksi apabila berkahwin kelak?

RIE | Kedah.

KEDUA-dua soalan anda itu mempunyai kaitan. Jika dalam keadaan terangsang, pundi prostat mengembang kerana aliran darah di dalamnya.

Ia menyebabkan salur kencing menjadi sempit dan jika membuang air kecil, pengeluarannya tidak lancar dan terasa masih ada air kencing tertinggal. Jika diteran terkeluar air mazi.

Pancutan air kencing yang bercabang bukan satu masalah dan tidak menandakan penyakit. Ia boleh berlaku bila-bila masa apabila penghujung lubang kencing menjadi sempit.

Apabila dalam keadaan terangsang, semua pundi yang menghasilkan air mazi mengembang dan mengeluarkan lelehan dengan banyak.

Keadaan itu dikenali sebagai resdung zakar. Cecair berkenaan datang dari pundi Cowpers dan pundi salur kencing atau salur urethra.

Anda perlu membawa seluar dalam tambahan jika kerap mengalami perkara itu. Jika tidak mahukan perkara itu berlaku anda boleh mengambil ubat resdung seperti ‘Piriton’.

Bagaimanapun, ia membuat anda mengantuk dan kehilangan ereksi! Jangan risaukan perkara itu. Ia berlaku kerana anda mengawal perasaan rangsangan, lainlah jika anda sedang bersedia untuk ejakulasi!

Tak perlu berkhatan

SEJAK berusia 11 tahun dan kini sudah menjangkau 27 tahun, saya tidak pernah berkhatan. Zakar saya agak pelik kerana ia kelihatan seperti sudah berkhatan kerana tidak mempunyai lebihan kulit pada bahagian hujungnya.

Dengan keadaan ini, adakah saya perlu berkhatan?

DEE | Kelantan.

PROSES berkhatan bagi lelaki ialah memotong kulit penghujung zakar yang menutupi kepala zakar. Jika kepala zakar sudah terdedah, tidak perlu lagi berkhatan kerana jika kulit yang ada itu dipotong ia akan menjadi pendek dan jika ereksi berlaku, kulit menjadi tegang dan boleh terkoyak.

Memang ada sebahagian lelaki mempunyai masalah seperti anda dan ia perkara semula jadi. Kadang-kadang kulit penghujung zakar melekat kepada kepala zakar dan kelihatan seolah-olah penghujung zakar tiada lekuk dan pembukaan lubang kencing kelihatan tertutup (tetapi masih boleh membuang air kecil). Keadaan itu dikenali sebagai ‘phimosis’.

Jika begitu setiap kali lelaki itu melakukan hubungan seks, dia akan berasa tidak selesa kerana kulit menegang dan menarik penghujung zakar. Cara untuk merawat masalah ini ialah menerusi rawatan di mana doktor akan memisahkan kulit penghujung zakar daripada kulit kepala zakar dan memotong kulit penghujung zakar yang berlebihan itu.

Bagi lelaki yang mempunyai masalah seperti kulit hujung zakar melekat pada zakar atau parut akibat berkhatan secara kampung dan mengalami masalah ketika bersama isteri, jangan biarkan perkara itu berterusan. Jumpa doktor supaya masalah itu dapat diselesaikan demi kebahagiaan rumah tangga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

« Previous PageNext Page »