Kesihatan Zakar

PADA 1994, kajian ke atas lelaki berumur di Massachusetts mendapati bahawa lebih setengah bilangan lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun menghadapi masalah untuk mengekalkan ketegangan.

Ia juga berlaku di kalangan pemuda berusia 20-an dan 30-an. Manakala, penyelidikan pasaran menunjukkan bahawa usia purata penghidap penyakit lemah tenaga batin atau erectile dysfunction di benua Asia lebih muda dengan penghidap di negara China bermula ketika berusia 42 tahun. Jepun dan Malaysia, 44 tahun.

Secara rambang, kira-kira 100 juta lelaki di seluruh dunia dianggarkan menghadapi masalah lemah tenaga batin. Malah hampir sejuta lelaki di Malaysia akan menghadapi masalah tersebut.

Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan. Ia merupakan satu masalah yang meluas namun jarang diperkatakan di kalangan lelaki terutamanya di dalam masyarakat Asia.
Bagi masyarakat Asia, adalah sesuatu yang amat mengaibkan untuk memperkatakan tentang penyakit ini secara terbuka. Banyak beranggapan ‘kejantanan’ lelaki terletak pada kehebatan mereka di ranjang. Justeru kerana tidak mahu diperolok-olokkan kawan-kawan, maka penghidap lemah tenaga batin lebih rela menderita dalam diam. Lebih memburukkan keadaan andai mereka juga keberatan untuk membincangkan isu ini dengan pasangan atau mendapatkan nasihat doktor.

Masalah seks Lelaki :
Penyakit Lemah Tenaga Batin (lelaki cepat inzal)

Mati pucuk (zakar tidak berfungsi langsung)

Lemah Syahwat (zakar tidak cukup tegang)

Penyakit Lemah Tenaga Batin

Mengikut kajian sama ada secara moden atau tradisional dan, penyakit ini berpunca daripada pelbagai punca. Jikalau anda telah berikhtiar ke mana-mana sama ada secara moden atau tradisional tetapi masih belum berjaya, saya berharap anda tidak berputus asa dan kecewa. Apatah lagi tenaga kelakian itu tidak harus kita pisahkan daripada realiti kehidupan sebenar kita terutamanya semasa kita melakukan persetubuhan dengan orang tersayang (isteri).

Secara logiknya alat kelamin lelaki yang digunakan secara berterusan, tetapi kurang dijaga (dirawat) secukupnya akan kehilangan daya tahannya. Dan inilah penyebab utama yang menyebabkan seseorang itu akan mengalami penyakit LEMAH TENAGA BATIN, LEMAH SYAHWAT dan MATI PUCUK.

Mati Pucuk

Mati pucuk adalah salah satu kecacatan dalam seks yang mengakibatkan seseorang tidak mempunyai keupayaan untuk bersetubuh. Mati pucuk ini merupakan kecacatan yang serius yang mana ia boleh menghancurkan sesuatu perkahwinan kerana pasangan tidak dapat menghasilkan keturunan.

Orang lelaki yang tidak mampu melaksanakan persetubuhan disebut impotent; batang zakar menjadi lembik dan tidak boleh menegang. Dalam bahasa Arab disebut “Unnah” atau dalam bahasa kita disebut “mati pucuk”.

Mengapa mati pucuk berlaku?

Masalah lemah tenaga batin biasanya berlaku akibat gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya. Diabetes (kencing manis) merupakan satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin. Ia boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalanan darah dan saraf yang terlibat untuk merangsang ketegangan. Kesannya, kira-kira setengah daripada penghidap diabetes lelaki akan menghidapi masalah lemah tenaga batin.

“Selain berpunca daripada keadaan fizikal, keadaan psikologi juga boleh menyebabkan masalah ini. Tekanan perasaan, bebanan kerja, keletihan, perkahwinan yang tidak harmoni juga boleh menyebabkan lelaki menghadapi masalah ketidakupayaan. Sebenarnya, masalah ini adalah masalah perubatan yang biasa dan lelaki tidak pernah keseorangan menghadapinya. Cuma, tanpa rawatan segera, ia boleh menyebabkan banyak masalah emosi yang seterusnya menjejaskan imej diri, hilang keyakinan, ketegangan fikiran dan masalah perhubungan suami isteri.

Lemah Syahwat

Mungkin disebabkan oto-otot zakar telah mengecut atau lemah. Ubat-ubat homeopati untuk menguatkan otot-otot supaya kembali normal.

Lelaki yang lemah zakar alat kelaminnya kelihatan normal. Tetapi tetapi batang zakarnya tidak dapat menegang sehingga tidak dapat menembus ke dalam liang faraj waktu bersetubuh. Hal ini seterusnya boleh mengakibatkan gangguan jiwa.

Adakah Ketegangan Menjadi Masalah ?

Soalan ini sering dikemukakan kepada Prof Nik Omar oleh lelaki yang mempunyai masalah ketegangan. Apakah ianya besar ?Jawapannya , Ya !

Sila soal diri anda sendiri, apakah anda dapat memberi kenikmatan seksual kepada pasangan anda, sekiranya zakar anda tidak tegang? Walaupun isteri anda tidak memberi apa-apa komen terhadap keupayaan seksual anda, tetapi dalam hati kecilnya, sememangnya mereka tidak puas melakukan sesual dengan anda.

Maksudnya anda telah menghakiskan salah satu hukum Islam yang wajib terhadap isterinya iaitu kepuasan ‘Nafkah Batin’. Memberi kepuasan seksual terhadap isteri anda adalah suatu fitrah alam suatu bentuk biologi manusia yang wajib ditunaikan.

Ya ! pastinya anda akan dapat memberi kepuasan maksimum kepada isteri anda jika ketegangan anda mencapai 100 % tegang ! Faraj Wanita telah dicipta dengan beribu, malah berjuta-juta saraf kecil yang mengelilingi dinding dalam dan luar faraj dan sekali gus akan merasa kenikmatan yang tidak terhingga bila mengadakan hubungan batin bilamana zakar mengesel saraf-saraf ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lagi Artikel Menarik, Sila Klik Disini

No Comments

Comments are closed.