Pertingkat Tenaga Seks Lelaki
HAMIDAH begitu risau memikirkan suaminya, Karim yang kini nampaknya kurang berminat untuk melakukan hubungan suami isteri. Bukan sahaja kekerapan semakin berkurangan, kepuasan juga semakin terjejas. Karim juga sering mengadu keletihan dan itulah juga alasannya untuk menolak daripada melakukan hubungan seks.
Adakah anda dan yang tersayang juga mengalami situasi berkenaan? jika ya, ini mungkin menunjukkan bahawa prestasi kesihatan seksual mula terjejas. Ketika inilah perubahan dari segi kenikmatan dan pengalman di bilik tidur, yang suatu ketika dulu begitu hangat dirasai, boleh bertukar menjadi igauan yang merungsingkan.
Sesetengah lelaki mungkin terdedah kepada risiko untuk mengalami permasalahan berkaitan seks, sama ada disebabkan penuaan atau pengaruh persekitaran, seperti tekanan dan keletihan. Faktor pemakanan juga mungkin terbabit.
Mati pucuk, satu masalah lazim dialami, membabitkan kegagalan melakukan hubungan seks yang memuaskan. Masalah lain yang berkait dengan hubungan seks termasuk lemah tenaga batin dan masalah pengeluaran air mani, seperti ejakulasi pramatang. Penumpuan kedua-dua minda dan tubuh diperlukan ketika aktiviti seksual.
Gangguan emosi boleh memburukkan lagi masalah mati pucuk, kemurungan, rasa bersalah, rendah diri, tekanan di tempat kerja atau rumah, konflik dalam rumah tangga atau individu lain dan risau mengenai prestasi seksual adalah antara punca lazim, kepada masalah perhubungan seks. Faktor itu menyumbang kepada 10 ke 20 peratus daripada kes mati pucuk.
Formulasi herba untuk masalah seksual lelaki
Horny Goat Weed (Epimedium sagitatum), sejenis rumpai air, boleh membantu meningkatkan tenaga seks lelaki, selain memperbaiki masalah mati pucuk. Ia mempunyai kesan kepada testosteron, iaitu merangsang penghasilan sperma dan saraf deria.
Gingko (Gingko Biloba) membantu mengendurkan salur darah agar aliran darah dapat ditingkatkan bagi meningkatkan kebolehan mencapai dan mengekalkan ereksi ketika menerima rangsangan seksual.
Ginseng (Panax ginseng) pula menggalakkan aliran darah ke organ pembiakan dan meningkatkan tenaga.
Puncture Vine (Tribulus terrestris) memerbaiki mati pucuk dan ketidaksuburan, merangsang pengeluaran hormon dan meningkatkan tenaga seks lelaki.
Muira Puma (Liriosma ovata) pula berfungsi membantu mengekalkan ereksi.
Withania (Withania somnifera) baik untuk fungsi saraf yang sihat, sekligus membantu mengatasi mati pucuk akibat kelesuan. Ia juga meningkatkan tenaga seks dan bertindak sebagai tonik untuk melawan tekaan.
Damiana (Turnera diffusa) ialah tonik seksual yang membantu meningkatkan kepekaan dan merangsangkan kepuasan seksual.
Formulasi herba yang mengabungkan tujuh jenis herba ini adalah baik untuk diambil setiap hari bagi membantu mengekalkan prestasi kesihatan seksual yang memuaskan.
Selain pengambilan herba yang khusus untuk mengatasi masalah seksual, gaya hidup sihat juga memainkan peranan penting. Adalah penting supaya individu yang terbabit dengan masalah seksual, terutama akibat tekanan atau keletihan, memikirkan cara yang bersesuaian dan berkesan bagi mengatasi permasalahan ini.
Tinggalkan tekanan di tempat kerja dan jangan difikirkan mengenainya apabila pulang ke rumah. Tumpuan pada suasana di rumah yang lebih menceriakan di mana adanya anak dan isteri untuk bersenda gurau dan berbual.
Sikap terhadap pasangan juga penting. Elemen seperti gurauan, suasana bilik tidur yang romantis, aktiviti bercumbuan sebelum dan selepas melakukan hubungan serta sikap berterus terang dengan pasangan, boleh membantu mengatasi dan meningkatkan prestasi seksual.
Hargai pasangan dan terima dirinya dan diri anda seadanya. Adalah juga digalakkan untuk pasangan suami isteri itu meluangkan waktu untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak bagi merapatkan kembali hubungan mereka.




