Rangsang Isteri Guna Tangan

Saya sudah mendirikan rumah tangga dan inginkan pandangan tuan berhubung merangsang isteri menggunakan tangan. Adakah ia boleh memberi kesan negatif kepadanya?

KASIM | Putrajaya.

Hubungan seksual mengeratkan silaturahim antara lelaki dan pasangan isterinya. Pendekatan hubungan kelamin mengikut citarasa kedua-dua pasangan dan ini bermaksud melakukan aktiviti yang mereka mendapat nikmat dan keseronokan.

Jadi, terpulanglah kepada kehendak pasangan, sama ada dia ingin sentuhan intim kepada keseluruhan tubuh badannya atau tempat yang merangsangkan nafsunya. Antaranya, menyentuh anggota kemaluan dengan tangan dan jari asalkan perkara ini tidak menyakitkan dirinya.

Hubungan seksual membabitkan sentuhan kulit dan ia termasuk sentuhan kulit anggota kelamin lelaki dan perempuan. Memandangkan kulit anggota yang luas ada pada tubuh manusia maka mudah untuk pasangan kelamin menikmati sentuhan kulit serta menikmati pelbagai perasaan dan keseronokan.

Sentuhan intim kepada badan menyegarkan serta menggelorakan nafsu pasangan kelamin dan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Selain itu dalam melakukan hubungan seksual, pasangan kelamin bertanggungjawab memastikan anggota kelamin mereka sihat, bersih dan tanpa apa-apa gejala penyakit seperti penyakit kulit.

Jika ada sesuatu yang luar biasa kepada anggota kemaluan elok bertemu doktor untuk kepastian. Sehubungan itu, mustahak lelaki dan perempuan yang berkahwin melakukan pemeriksaan kendiri anggota kelamin secara kerap dan berkala.

Alat Kelamin Tidak Berfungsi

Saya mengalami penyakit kencing manis sejak 13 tahun lalu. Baru-baru ini, saya diarahkan doktor menggunakan insulin dua kali sehari. Masalahnya, sejak dua tahun lalu, saya mengalami mati pucuk dan ia menjadi lebih serius sehingga alat kelamin saya terus tidak berfungsi?

MAT K | Seremban.

Masalah lemah tenaga batin, lemah syahwat atau dikenali ‘Disfungsi Erektil’ (DE), menjadi agenda utama jika masalah seksual lelaki dipertikaikan.

Dalam kajian dijalankan, kini dianggarkan 2.3 juta lelaki Malaysia mengalami masalah berkenaan dan sebilangan kecil yang tampil mendapatkan rawatan.

Kajian juga menunjukkan ramai lelaki yang menghidap penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit koronari dan sakit mental mengalami masalah itu.

Paling ketara di kalangan mereka menghidap penyakit kencing manis ialah perjalanan darah dan urat saraf tergendala untuk memantapkan fungsi ereksi zakar.

Rawatannya termasuk terapi suntikan ubat pengembang salur darah zakar, pam vakum dan terapi oral dengan ubat ‘PDE5 Inhibitor Viagra’.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

« Previous PageNext Page »