Ketulan Pada Puting Buah Dada

Saya berusia 21 tahun dan amat runsing dengan ketulan pada puting buah dada saya sejak berusia 12 tahun.

Sebagai lelaki, saya amat malu kerana bahagian berkenaan akan menonjol seolah-olah saya memiliki buah dada seperti wanita. Bagaimanapun, ketulan itu akan mengecut apabila ia terdedah kepada suhu sejuk dan ia juga tidak mendatangkan kesakitan. Apa sebenarnya masalah saya?

RAZAK | Taiping, Perak.

Lelaki juga memiliki buah dada sebagaimana wanita. Cuma pundi atau salur susunya tidak sempurna dan tidak membesar pada peringkat awal baligh seperti wanita.

Bagaimanapun, ada sedikit proses tumbesaran pada pundi atau salur susu berkenaan yang dikenali sebagai keradangan buah dada akibat baligh atau ?pubertal mastitis?. Keradangan yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah tumbesaran atau rangsangan yang berlaku akibat penghasilan hormon estrogen(hormon wanita) dari pundi adrenal.

Jika tumbesaran itu kelihatan, lelaki itu akan mendapati ada ketulan kekal dan jika ia dipicit akan terasa sakit. Bagaimanapun, bengkak dan keradangan buah dada lelaki boleh berlaku serta memberi kesan sakit apabila ketulan buah dada itu dipicit.

Jarang sekali ia berubah menjadi kanser buah dada lelaki. Jika berlaku, ia terjadi pada peringkat umur yang tinggi. Jika ada ketulan pada peringkat akhir baligh atau beberapa tahun kemudian, ia mungkin petanda lelaki itu terdedah kepada hormon kewanitaan. Kanser buah zakar kadangkala mengakibatkan penghasilan hormon estrogen, tetapi amat jarang berlaku.

Jika ketulan buah dada itu suatu perkara yang mengaibkan, ia boleh dibedah untuk membuang tisu ketulan terbabit. Jika dibiarkan pun ia tidak akan mendatangkan apa-apa masalah.

Seperti wanita, puting buah dada lelaki juga sensitif kepada sentuhan dan akan menegang jika lelaki itu mengalami rangsangan syahwat.

Takut Mandul

Saya berusia 21 tahun dan menghidap buasir sejak kecil. Ia gatal dan terdapat ketumbuhan terkeluar ketika buang air besar. Bagaimanapun, masalah ini masih belum ke tahap buang air berdarah. Adakah penyakit ini berbahaya dan boleh menyebabkan kemandulan?

JALI | Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Kulit di permukaan lubang najis lembut dan tidak mudah merekah apabila lubang najis (mukosa) mencengkam. Mukosa di bahagian pembukaan lubang najis juga lembut dan jika kering menyebabkan kegatalan dan ketumbuhan isi seperti ?kutil? atau ?buasir? yang terjojol ketika buang air besar.

Ia kembali lega jika tiada tekanan kepada bahagian pembukaan lubang najis seperti najis keras. Apabila isi itu mengecut dan kembali ke pembukaan lubang najis, kesempitan kurang dan pendarahan juga kurang.

Jika isi itu memberi masalah kronik, ia boleh dibuang seperti dilakukan kepada buasir kronik. Memang pada mulanya sakit tetapi selepas itu akan berasa selesa.

Cara perawatan konservatif, pembukaan lubang najis perlu dipastikan tidak sempit dan isi terjojol dirawat menggunakan krim pelembap dan nyah radang yang disapukan ke atasnya. Ia dilakukan supaya kulit yang terjojol itu kecut dan tiada keradangan.

Individu mengalami buasir perlu memastikan tidak sembelit atau najis keras kerana terpaksa meneran. Ia boleh mengakibatkan isi buasir itu kembang, bengkak dan menjadi radang.

Lelaki dan wanita yang mengalami buasir mendapati tahap kemutan dinding pelvik yang rendah. Ini kerana mengemut menyakitkan buasir yang terkeluar atau yang mengalami radang.

« Previous PageNext Page »